Anda di sini

Shafie yakin ada wakil Sabah di Persekutuan

Advertisement

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin ada penyertaan bagi perwakilan Sabah dalam kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan.

"Saya harap ada tempat bagi perwakilan peringkat Sabah untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

SHAFIE (kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman (kiri) semasa sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan di peringkat negeri.
SHAFIE (kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman (kiri) semasa sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan di peringkat negeri.

"Ini kerana di peringkat negeri, kita juga menempatkan mereka di sini (Kabinet Negeri).

"Memang ada persefahaman di peringkat negeri walaupun kita tidak masuk Pakatan Harapan (PH)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

Selain itu, pihaknya juga yakin penyertaan Sabah dalam kerajaan Persekutuan ada hubungkait dan selaras dengan usaha untuk membangunkan negara dan juga negeri Sabah.

"Saya yakin Tun Mahathir lebih tahu bila masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan perkara ini," jelasnya.

Ketika ditanya kalau ada kementerian khusus bagi Sabah di peringkat Persekutuan, beliau akui ada memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Namun katanya, terpulang kepada Tun Mahathir memandangkan perkara itu di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Menurutnya, biasanya memang ada penyertaan dari Sabah dan beliau yakin dengan perkara itu.

  • oleh
  • Advertisement