Anda di sini

Sebabkan kematian rakan, wanita warga emas diarah bela diri

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas diperintahkan Mahkamah Sesyen di sini, membela dirinya pada 25 Mei, atas pertuduhan menyebabkan kematian rakannya.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Chin Su Ching, 67, yang mana pada Selasa untuk keputusan kes setelah ditutup pada peringkat pendakwaan.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit salah, penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menyebabkan kematian seorang pesara guru Ngui Lim Kiau, 64, pada 24 September 2016 jam 3 petang di sebuah rumah, Kepayan Ridge, di sini.

Timbalan Pendakwaraya Husna Abd Halim sudah memanggil kira-kira 11 saksi untuk memberikan keterangan terhadap tertuduh.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Peguam Idris Ibrahim mewakili Chin.

  • oleh
  • Advertisement