Anda di sini

Pelajar maut motosikal terbabas

Advertisement

LAHAD DATU: Seorang pelajar lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas di Felda Sahabat Enam, Tungku pada Ahad.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu ASP Mohd Fadzil Ali, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa, Muhammad Mahatdir Tiling, 16, dalam perjalanan dari arah Felda Cenderawasih menuju ke Anjung Teduh.

MOTOSIKAL mangsa yang terbabas.
MOTOSIKAL mangsa yang terbabas.

Katanya, setibanya di selekoh mangsa dipercayai gagal mengawal kelajuan lalu terbabas ke bahagian kanan.

"Mangsa kemudiannya terlanggar besi penghadang jalan dan terjatuh di bahu jalan sebelah kanan arah ke Tungku sepanjang 34.7 meter," katanya.

MANGSA.
MANGSA.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan hasil siasatan, mangsa didapati tidak memiliki lesen memandu serta cukai jalan motosikal telah tamat tempoh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement