Anda di sini

67 premis diperiksa, lima notis dikeluarkan

Advertisement
RAHMAN memerhatikan dua kakitangan penguatkuasanya memeriksa salah sebuah premis yang dibuka di Tapak Bazar Ramadan Fujimart Tawau.
RAHMAN memerhatikan dua kakitangan penguatkuasanya memeriksa salah sebuah premis yang dibuka di Tapak Bazar Ramadan Fujimart Tawau.

TAWAU: Sebanyak 67 premis makanan minuman diperiksa dan lima notis dikeluarkan menerusi Ops Ramadan 1/2018 di Tapak Bazar Ramadan Fujimart, di sini pada Selasa.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau Rahman Sampe berkata kelima-lima notis yang dikeluarkan itu melibatkan tiga jenis kesalahan yang dilakukan oleh peniaga terlibat.

“Kita mengeluarkan dua notis 32B untuk kesalahan tidak mendaftarkan premis makanan, dua kesalahan tidak mematuhi kehendak pemakaian pengendali makanan.

“Satu lagi kes melibatkan kesalahan menggaji pekerja yang tidak ada suntikan vaksin tifoid dan sijil latihan pengendali makanan,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata operasi itu disertai seramai 28 penguatkuasa untuk memastikan gerai di bazar Ramadan sentiasa bersih dan peniaga turut mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Khususnya, berhubung Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Akta Makanan 1983 yang perlu dipatuhi oleh semua peniaga ataupun pengendali makanan bazar Ramadan.

  • oleh
  • Advertisement