Anda di sini

4.7 juta penonton saksi drama ‘Dekatkan Jarak Kita’ ungguli Anugerah DFKL 2018

Advertisement
 Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd).
DRAMA PILIHAN: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd).

PARA peminat Syafiq Kyle dan Ayda Jebat berjaya membuktikan sokongan mereka paling hebat selepas ‘Dekatkan Jarak Kita’ lakonan bintang pujaan mereka itu menang anugerah Drama Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 baru-baru ini.
Selain itu, keserasian Syafiq Kyle dan Ayda Jebat dalam drama itu juga amat menyerlah sehingga mereka turut membawa pulang trofi untuk kategori Pasangan Pilihan.
Disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 13 Mei lalu, malam kemuncak Anugerah DFKL 2018 yang bertemakan ‘Masa Untuk Drama’ ini telah mencecah jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 4.7 juta (11.8 TVR) dengan purata 2.5 juta penonton atau 39.1 peratus syer penonton bermula dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam (sumber: Nielsen Audience Measurement).
Acara Karpet Merah Anugerah DFKL 2018 yang disiarkan secara langsung di ntv7 dari jam8.30 malam hingga 9.00 malam pula berjaya meraih jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 777,000 (1.5 TVR) dengan purata 330,000 penonton atau 5.2 peratus syer penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).
Selain menonton secara langsung di TV3, majlis anugerah ini turut disiarkan secara eksklusif menerusi live streaming (HD) di YouTube TV3 Malaysia Official yang berjaya meraih 87 ribu tontonan. 
Kemeriahan acara Karpet Merah bertemakan ‘Pop Art’ yang dikendalikan oleh Shalma Aina dan Maggy Wang pula boleh disaksikan di YouTube ntv7 Malaysia, dan telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 9,513. Anugerah DFKL 2018 juga hampir mencecah 3,000 tontonan di www.tonton.com.my.
Lebih menarik lagi, Anugerah DFKL 2018 yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Ajak Shiro ini telah menjadi topik perbualan hangat seluruh Malaysia sehingga berjaya trending nombor satu di laman sosial Twitter dengan tanda pagar #DFKL2018.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan:
Drama Radio Pilihan - Cinta Biasa (Zul Huzaimy & Nad Zainal) 
Drama Pilihan tonton VIP - Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd) 
Lagu Tema Pilihan - Sumpah Cintaku (Asfan) 
Drama Pendek Pilihan - Manikam Dalam Lipatan (Siti Sal) 
Skrip Pilihan - Farhana Fauri (Titian Cinta)
Pengarah Pilihan - Heykal Hanifah (Titian Cinta)
Selfie Paling Drama - Ain Edruce 
Antagonis Pilihan - Shukri Yahaya (Andainya Takdir)
Pasangan Pilihan - Syafiq Kyle & Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)
Aktor Pilihan - Zul Ariffin (Titian Cinta)
Aktres Pilihan - Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)
Drama Pilihan - Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
Anugerah DFKL 2018 diketuai oleh Tengku Sahilawati Tengku Jehori selaku Penerbit Eksekutif, serta dibantu oleh Zaini Saidi sebagai penerbit. 
Di samping itu, Anugerah DFKL bertuah kerana diceriakan oleh Wall’s Selfie Ice-Cream Sandwich selaku penaja bersama dan mendapat sokongan padu daripada Oh!Bulan sebagai Geng Online, dan Hot FM serta Kool FM sebagai Geng Radio.
Untuk mengetahui matlamat terkini tentang DFKL 2018, sila layari laman web rasmi www.dfkl.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube TV3 serta ntv7 untuk acara karpet merah di @tv3malaysia dan @ntv7malaysia. 

Advertisement