Anda di sini

Salma Hayek mahu bintang lelaki Hollywood terima pemotongan gaji

Advertisement
 Salma Hayek dan suaminya Francois Pinault tiba untuk 71st acara ‘The Kering Women In Motion Honor Awards’ semasa Festival Filem Cannes di Cannes, Perancis pada 13 Mei lepas. — Gambar Reuters
UNTUK WANITA: Salma Hayek dan suaminya Francois Pinault tiba untuk 71st acara ‘The Kering Women In Motion Honor Awards’ semasa Festival Filem Cannes di Cannes, Perancis pada 13 Mei lepas. — Gambar Reuters

BINTANG Hollywood Salma Hayek berkata bintang lelaki perlu menerima pemotongan gaji jika mereka serius tentang kesamarataan bagi wanita.
Aktres kelahiran Mexico itu, suara terkemuka dalam pergerakan #MeToo dan Time’s Up, berkata bintang lelaki yang menerima gaji tinggi perlu membuat pengorbanan.
“Bukan hanya penerbit sahaja” yang perlu berubah jika kita mahu merapatkan jurang gaji besar.
“Pelakon juga perlu berubah,” katanya.
“Masa sudah tamat. Anda ada peluang yang baik tetapi masa sudah tiba kini untuk bermurah hati dengan aktres,” katanya di ceramah ‘Women in Motion’ di festival filem Cannes.
“Jika pelakon lelaki meminta bayaran yang begitu tinggi, ia tidak akan meninggalkan apa-apa untuk aktres. Jika bajet filem adalah AS$10 juta, pelakon lelaki perlu faham bahawa dia menerima AS$9.7 juta, ia pasti sukar untuk kesamarataan,” ujar Hayek.
“Jika tidak, mereka akan membunuh filem itu,” dia memberi amaran.
“Saya akan dibenci kerana menyatakan ini,” kata Hayek sambil bergurau. “Saya harap saya dapat kerja lagi.”
Hayek – paling terkenal kerana ‘Desperado’ dan filem indie hit ‘Beatriz at Dinner’ – telah menuduh taikun Harvey Weinstein mengugut untuk “memecahkan lutut saya” selepas dia menolak godaan Weinstein di set penggambaran filemnya ‘Frida’. 
Aktres dan penerbit itu, yang menyatakan dia sudah menjual beberapa projek yang diketuai wanita “yang saya cuba buat selama 10 tahun” sejak skandal Weinstein menggegarkan Hollywood, berkata perubahan sebenar sedang berlaku.
“Kaum lelaki ketakutan. Pemangsa sedang bersembunyi. Kita merasai suasana yang sangat ketara ini.”
Hayek berkata ia adalah sukar untuk mengupah pengarah dan penulis wanita yang dikenali di Amerika Syarikat sekarang, selepas studio mengambil mereka dalam usaha untuk menyelaraskan diri dengan mood orang ramai.
Wanita “melompat daripada bilik penulis untuk menjadi pengendali program” dalam siri televisyen.

- “JANGAN BERSABAR!” -

Namun dia memberi amaran “jurang perbezaan gaji akan memakan masa kerana mereka masih mahu membayar ada gaji eksploitasi yang mereka bayar kepada anda dahulu”.
Dan itulah sebabnya kenapa kaum wanita perlu “jangan bersabar”, gesanya.
“Kita sepatutnya rasa lebih marah lebih awal. Kita sepatutnya bersatu lebih awal – itulah apa yang menjayakannya,” kata Hayek, yang dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi ‘Frida’, kepada pemberita.
Dia berkata Weinstein mengganggunya dalam filem itu, yang diterbitkan oleh Hayek, dengan menuntut agar dia melakukan adegan bogel “sukarela” dengan seorang aktres lain.
Taikun yang aib itu mempertikaikan dakwaannya, tetapi Hayek menegaskan ia adalah sebahagian daripada muslihat oleh peguamnya untuk cuba memalukan “wanita bukan berkulit putih yang mengadu tentangnya”.
Dia berkata mereka turut menyasari keterangan bintang ‘Black Panther’, Lupita Nyong’o, kerana tahu “wanita berkulit gelap kurang dipercayai. Malangnya ia adalah satu fakta yang terbukti. Nasib baik kami begitu ramai sekali, jika tidak kami tidak akan dipercayai”. 
Hayek berkata kaum lelaki tidak harus takut kepada perubahan dalam imbangan jantina.
“Sekarang adalah masa yang sangat mengujakan bagi kaum lelaki. Kerana lelaki ada peluang untuk memikirkan semula apa maksudnya untuk menjadi seorang lelaki, dan ini datang dengan banyak kebebasan.
“Ramai lelaki yang baik dan aman pernah menjadi mangsa buli lelaki yang berpendapat bahawa identiti seorang lelaki mesti ada kaitan dengan kega-nasan,” ujar aktres itu.
“Ramai lelaki menderita disebabkannya dan terpaksa menjadi seperti itu juga walaupun mereka tidak mahu pergi ke arah itu,” kata wanita berusia 51 tahun itu.
Hayek merupakan juara veteran bagi perubahan dalam industri perfileman, membantu merancang ceramah ‘Women in Motion’ di Cannes empat tahun lalu bersama suaminya yang juga ketua barangan mewah Kering, Francois-Henri Pinault.
“Kami tidak dapat melakukannya tanpa beberapa lelaki baik, seperti suami saya,” katanya, dan menambah bahawa ia “be-gitu seksi dan mere-sahkan apabila dia menge-luarkan idea yang sepa-tutnya idea saya”. — AFP

  • oleh
  • Advertisement