Anda di sini

Pendapatan tinggi tiada makna kalau tiada kuasa membeli - PM

Advertisement
Dr Mahathir berucap pada Majlis Perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bagunan Perdana Putra di sini, pagi ini. - BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada makna jika rakyat berpendapatan tinggi namun masih tiada kuasa membeli. 

Beliau berkata apa yang penting adalah daya beli wang dan daya beli pendapatan. 

“Di negara ini, kita dapati ada usaha untuk (menjadi negara) pendapatan tinggi tetapi dengan pendapatan yang tinggi masih tidak boleh membeli barangan yang lebih (sekiranya) tidak mempunyai makna sama sekali. 

“Kalau kita naikkan jumlah wang yang kita bayar sebagai upah tetapi pada masa sama harga barangan meningkat dengan tinggi, wang yang ditambah tidak mungkin akan beli lebih daripada dahulu. 

“Maka, kenaikan pendapatan tidak memberi apa-apa kesan dan kebaikan kepada negara,” katanya dalam perjumpaan pertama beliau dengan warga Jabatan Perdana Menteri  (JPM) selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di sini hari ini.   

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman. - BERNAMA 

Advertisement