Anda di sini

PDRM diminta siasat 81 dakwaan terhadap Musa

Advertisement

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta membuat siasatan lanjut mengenai 81 dakwaan terhadap mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt berkata, 81 dakwaan itu merangkumi perkara yang mengatakan Musa sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri.
 
"Pagi tadi (Isnin), kami menerima kiriman dokumen melalui laman sosial Whatsapp daripada seseorang yang mengandungi 81 dakwaan terbabit.
TAN (tengah) menunjukkan laporan polis dan keratan akhbar berkaitan mantan Ketua Menteri kepada pemberita.
TAN (tengah) menunjukkan laporan polis dan keratan akhbar berkaitan mantan Ketua Menteri kepada pemberita.
 
"Susulan itu, kami membuat laporan polis pada jam 2 petang bagi memudahkan pihak polis membuat tindakan sepatutnya ke atas Tan Sri Musa Aman sekiranya dakwaan benar," katanya ketika sidang media di sini pada Isnin.
 
Dalam pada itu, Tan berkata pihaknya juga akan menghantar semua dokumen dan laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SKMM) hari ini (Selasa) pada jam 11 pagi. 
 
Katanya, ia bagi melaksanakan siasatan terperinci tentang kesemua dakwaan yang melibatkan kesalahan jenayah dan rasuah yang dilakukan oleh Musa sepanjang pentadbirannya sama ada benar atau sebaliknya.
 
"Dengan adanya kesemua laporan diterima, diharapkan pihak berkenaan akan mudah membuat siasatan seterusnya melaksanakan tindakan sepatutnya untuk keadilan dan kepentingan rakyat di negeri ini," katanya.
 
Pada 17 Mei, Musa menfailkan writ saman terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bagi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah yang disandangnya pada 10 Mei lalu. 
 
Susulan tindakan Musa itu, Juhar bertindak membuat laporan polis terhadap pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada 20 Mei. 
 
  • oleh
  • Advertisement