Anda di sini

Johnny Depp berhasrat untuk berlakon dalam adaptasi J M Coetzee

Advertisement

PELAKON Hollywood Johnny Depp mungkin akan bekerja sama dengan pengarah terkenal dari Colombia, Ciro Guerra, di mana filem baharu pengarah itu ‘Birds of Passage’ adalah salah sebuah filem yang popular di festival filem Cannes.
Bintang ‘Pirates of the Caribbean’ itu sudah “menghulurkan tangan” kepada Ciras, bakat ‘arthouse’ hangat yang memenangi pelbagai anugerah untuk ‘The Embrace of the Serpent’, majalah Screen melaporkan baru-baru ini.
Depp “kemungkinan” akan berlakon dalam filem Ciras seterusnya berdasarkan sebuah novel tulisan pemenang Nobel dari Afrika Selatan, J M Coetzee, yang sudah memaparkan Mark Rylance dan Robert Pattinson, ujarnya.
Penggambaran bagi filem cereka bahasa Inggeris pertama bagi Guerra, berdasarkan adaptasi Coetzee sendiri untuk novelnya yang mencapai kejayaan pada 1980 ‘Waiting for the Barbarians’, dijadual bermula pada musim luruh di Maghribi.
Ia akan menceritakan kisah seorang majistret di sebuah bandar jajahan yang dituduh bersekongkol dengan musuh sebuah empayar fiksyen, yang bermodelkan negara aparteid Afrika Selatan.
Penerbit Penguin memasukkan buku itu ke dalam sirinya ‘Great Books of the 20th Century’.
Depp, yang dijangka membawa watak penjahat Gellert Grindelwald dalam filem keluaran sampingan Harry Potter yang akan datang ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald’, akan dipaparkan di samping Pattinson, bintang ‘Twilight’ yang mendapat peluang besar pertamanya dalam ‘Harry Potter and the Goblet of Fire’, menurut Screen.
Depp, dahulu pelakon dengan pendapatan tertinggi di Hollywood, telah menyaksikan sahamnya jatuh sejak beberapa tahun lalu, diheret ke bawah oleh perceraian bercelaru daripada aktres Amber Heard yang penuh dengan dakwaan tentang penderaan domestik.
Peminat Harry Potter yang marah telah menuntut agar watak utamanya dalam ‘Fantastic Beasts’ diberikan kepada pelakon lain ekoran dakwaan itu, tetapi penulis J K Rowling dan pengarah David Yates bertegas dengan pilihan mereka.
Heard menarik balik tuntutan selepas pasangan itu mencapai penyelesaian perceraian di luar mahkamah. — AFP

Advertisement