Anda di sini

Promosi Sabah secara menyeluruh dalam industri pelancongan

Advertisement

TAWAU : Usaha untuk membangunkan industri pelancongan negeri perlu dibuat secara menyeluruh dan tidak hanya di beberapa kawasan tumpuan seperti Gunung Kinabalu dan Pulau Sipadan sahaja memandangkan bilangan pelancong semakin bertambah lebih-lebih lagi dari negara China.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, usaha  tersebut perlu dilakukan untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri dalam peta pelancong dunia.

Dalam masa yang sama, beliau berkata daerah ini juga tidak patut digelar sebagai pusat transit untuk pelancong ke Semporna tetapi berusaha menarik pelancong untuk tinggal sementara sebagai sebahagian dari pakej pelancongan.

CHRISTINA Liew
CHRISTINA Liew

"Saya kini sedang merancangkan untuk menubuhkan sebuah pasar budaya di daerah ini sebagai salah satu tempat untuk menarik minat pelancong selain dari apa yang kita sedia ada," katanya.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar berkata konsep pasar tersebut akan memperkenalkan jualan barangan dari pelbagai kaum yang ada dan cadangan ini akan dibincangkan dengan presiden Majlis Perbandaran Daerah kelak.

"Dalam pada itu, saya juga merancang untuk bertemu dengan pengusaha-pengusaha industri pelancongan dari setiap sudut negeri untuk melihat sekiranya Sabah boleh dipromosikan secara menyeluruh sebagai satu destinasi," tambahnya lagi.

Beliau menekankan usaha mencantikkan kawasan dan penyediaan infrastruktur yang berkaitan adalah amat perlu sekiranya usaha ini dijalankan.

Christina berkata, daerah Tawau dan Sandakan mempunyai daya tarikan untuk menarik pelancong tetapi infrastruktur seperti hotel, chalet dan lain-lain kemudahan untuk pelancong menginap masih lagi tidak mencukupi.

  • oleh
  • Advertisement