Anda di sini

Rakyat berhak pilih ketua

 Pelantikan KK, JKKK, Kapitan Cina dibuat semula secara undi

TENOM: Pelantikan Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kapitan Cina (Tionghua) akan dibuat pemilihan semula berdasarkan undian secara terbuka, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata, ini kerana pemilihan di bawah kerajaan lama kebanyakannya dibuat secara melantik golongan atau kroni mereka.

“Di bawah kerajaan baharu dibentuk ini adalah bersifat terbuka dan inklusif, kerana rakyat di peringkat kampung juga berhak untuk memilih siapa akan menjadi ketua mereka.

PETER memalu gong sebanyak tiga kali dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan tersebut.

 PETER (tiga dari kanan), Noorita (tiga dari kiri), Jamawi (dua dari kiri) dan Madiyem (dua dari kanan) mengetam padi dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan tersebut.

"Oleh itu, kita memberi mandat dan kepercayaan kepada masyarakat kampung untuk memilih ketua yang mereka inginkan sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.

“Begitu juga untuk pemilihan Kapitan Cina (Tionghua), kita juga akan memberi kuasa kepada masyarakat Tionghua di Tenom ini untuk memilih kapitan-kapitan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom, di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini pada Sabtu.

Tambahnya lagi, pemilihan terbuka tersebut akan dijalankan secara jujur dan iklas.

“Kita akan melantik agensi pelaksana ataupun pemantau yang akan memantau proses undian tersebut agar dapat berjalan dengan lancar, baik dan tulus.  

“Kerajaan baharu ini juga bersifat keterbukaan kepada mana-mana ahli yang ingin bertanding dalam merebut jawatan tersebut tidak mengira parti politik mereka, asalkan mereka mendapat undian dan kepercayaan daripada orang kampung atau ahli mereka untuk menjadi pemimpin mereka di peringkat kampung atau kawasan mereka,” katanya.

Katanya, pelaksanaan pemilihan secara terbuka ini kemungkinan diguna pakai di seluruh daerah di negeri ini.

Sementara itu, berkenaan program itu beliau menyeru kepada masyarakat di negeri ini untuk bersatu padu, mengkukuhkan perpaduan dan keharmonian untuk terus memberi tumpuan dalam memelihara budaya suku kaum KadazanDusunMurut (KDM) dan pembangunan sosioekonomi masyarakat KDM di negeri ini dengan mengetepikan perbezaan fahaman politik.

PETER memalu gong sebanyak tiga kali dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan tersebut.
PETER memalu gong sebanyak tiga kali dalam gimik perasmian Sambutan Pesta Kamaatan tersebut.

Sempena Sambutan Pesta Kamaatan tersebut, pelbagai pengisian telah dijalankan termasuklah pertandingan Unduk Ngadau, pertandingan Sugandoi, persembahan tarian suku kaum Murut, persembahan nyanyian dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama dalam majlis itu, Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual,  Adun Kemabong Jamawi Jaafar, Adun Liawan Rasinin Koutis dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.