Anda di sini

Pertandingan projek inovasi pengalaman berharga buat SK Saka

Advertisement
 Sebahagian daripada peserta dan pegawai yang menyertai rombongan Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.
KONTINJEN BETONG: Sebahagian daripada peserta dan pegawai yang menyertai rombongan Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.
 Azman bersama dua pelajarnya menyertai Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.
PENYERTAAN: Azman bersama dua pelajarnya menyertai Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.
__alt__

MESKIPUN belum mampu memikat juri untuk mengangkat mereka sebagai pemenang utama dalam Pertandingan Projek Inovasi Bahan Bantu Mengajar Sekolah Rendah, namun peserta dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saka yang menghasilkan Inovasi Piramid Makanan Sihat (PIKAT) telah melalui pengalaman yang cukup berharga pada Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.

Dua pelajar Isaac Elton Montigrai dan Nur Balqis Johnny bersama guru penasihat Azman Mantaril yang mewakili bahagian Betong mengetengahkan ciptaan inovasi mereka yang tersenarai pada empat tempat teratas pada pertandingan tersebut yang dilangsungkan dari 14 hingga 16 Mei di Kuching.

Menurut Azman, kejayaan mewakili bahagian Betong adalah satu pengalaman berharga buat mereka kerana telah diberi peluang mempelajari banyak pengetahuan.

Tambahnya, apa yang penting ialah pengalaman yang boleh diguna untuk masa depan pelajar.

“Ia juga sebagai pendorong untuk pelajar bergiat aktif dalam berpersatuan sekali gus sebagai motivasi kepada pelajar lain dan memberi semangat untuk mereka,” katanya.

Pada konvensyen kali ini, bahagian Betong telah diwakili SK Abang Abdul Rahman Saratok dalam Pertandingan Projek Bersama Komuniti SK dan Pertandingan Senam Seni SK. Manakala SK Suri Betong menyertai pertandingan Video Aktifkan Diri Bersama Doktor Muda bagi kategori sekolah rendah.

Bagi kategori sekolah menengah, SMK Ulu Layar Betong menyertai Pertandingan Senam Seni SMK dan SMK Kabong menyertai Pertandingan Lompat Tali SMK.

Kontinjen Betong telah diketuai oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian(PKB) Betong, Sylvia Albert yang membawa seramai 36 peserta termasuk guru dan pegawai.

  • oleh
  • Advertisement