Anda di sini

Hotel Promenade rai anak yatim, media dalam majlis buka puasa

Advertisement
HAFIZAN dan Anita mengagihkan sumbangan hari raya kepada penghuni RAY Tambunan.
HAFIZAN dan Anita mengagihkan sumbangan hari raya kepada penghuni RAY Tambunan.

KOTA KINABALU: Hotel Promenade Kota Kinabalu turut memuliakan kehadiran bulan Ramadan dengan meraikan 24 anak-anak yatim dan media dalam satu majlis Berbuka Puasa Bersama Kanak-Kanak Rumah Anak Yatim Tambunan dan Media, di Cafe Promeande pada Jumaat.

Paling menarik, penghuni Rumah Anak Yatim itu juga mendapat tajaan penginapan satu malam di mana mereka juga disediakan sahur secara buffet oleh pihak hotel.

Selain itu, anak-anak itu berpeluang melihat dari dekat mengenai industri perhotelan melalui `Hotel Educational Tour’ yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peluang-peluang kerja dalam industri hotel.

Mereka dibawa melawat Front Office, dapur utama, keselamatan, kejuruteraan, housekeeping, pastry dan lounge.

Ketika majlis berbuka puasa, anak-anak RAY itu menikmati lebih 200  juadah bertaraf antarabangsa termasuk 17 masakan selebriti terkenal, Chef Ismail selain makanan istimewa Promenade iaitu Ekor Asam Pedas ala Promenade, Udang Masak Sambal Petai, Kari Kepala Ikan yang disediakan Chef Mohd Firdaus Abdullah.

Kemudahan untuk menunaikan solat sunat Terawih juga disediakaan di Bilik Teratai Tingkat 2.

Anak-anak yatim itu juga menerima hadiah hari raya dan duit raya yang disampaikan Pengurus Besar Hafizan Wong dan Pengarah Kumpulan Jualan dan Pemasaran, Puan Anita Chung.

Advertisement