Anda di sini

Dua mangsa parah disahkan meninggal dunia di hospital

Advertisement
 

RANAU: Dua mangsa parah dalam kemalangan di Kampung Belisok Kilometer 122.1 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan Khamis lalu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Ranau.

Mangsa Nur Aathera Darquez Richard, 2, disahkan meninggal dunia jam 7.50 malam Khamis manakala Harmawati Azis, 30, meninggal dunia jam 2.54 petang Jumaat akibat parah pada organ dalaman selain patah tulang di beberapa bahagian badan termasuk kaki, betis dan rahang.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah semasa dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku disebabkan pemandu kereta sedan gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar bas ekspress semasa dalam perjalanan dari sini ke Telupid.

“Impak kemalangan menyebabkan empat mangsa termasuk pemandu Mohd Aziratul Khizam Azis, 23, penumpang hadapan Rubiah Anggau, 59, ibu kepada Nur Aaethera, Azlina Azis, 35 dan Azis Pindungan, 60 disahkan maut di lokasi kejadian.

“Pemandu bas ekspress dan pembantunya serta 25 penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement