Anda di sini

‘Dekatkan Jarak Kita’ Drama Pilihan DFKL 2018

Advertisement
__alt__

ANUGERAH Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada minggu lepas menobatkan drama ‘Dekatkan Jarak Kita’ terbitan JS Pictures Sdn Bhd sebagai Drama Pilihan.

Gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat yang berlakon sebagai watak utama dalam drama itu turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pasangan Pilihan dengan menewaskan 11 calon lain.

Pemenang trofi Pengarah Pilihan pula adalah Heykal Hanifah menerusi drama ‘Titian Cinta’.

Drama itu juga memenangi tiga lagi trofi menerusi kategori Penulisan Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Pilihan (‘Sumpah Cintaku’ nyanyian Asfan).

Manakala pelakon berbadan sasa Zul Ariffin menepati ramalan ramai apabila berjaya membawa pulang trofi Aktor Pilihan menerusi drama yang sama.

Janna Nick pula menang trofi Aktres Pilihan menerusi lakonannya dalam ‘Biar Aku Jadi Penunggu’ manakala Syukri Yahaya pula menerima trofi Antagonis Pilihan hasil lakonan yang begitu meyakinkan dalam drama ‘Andainya Takdir’.

Bertemakan Pop Art, DFKL 2018 dihoskan oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda.

Anugerah ini turut dihiburkan dengan persembahan dari Ernie Zakri, Syamel, Azlan Typewriter, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Janna Nick dan Ayda Jebat.

Kesemua pemenang ditentukan menerusi undian penonton melalui laman web www.dfkl.com.my yang dibuka sejak Februari lalu.  

Advertisement