Anda di sini

150 peserta dari 13 daerah sertai perkhemahan KRS, TKRS

Advertisement
PESERTA dan tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan bersama.
PESERTA dan tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan bersama.

SANDAKAN: 150 peserta dari 13 daerah di Sabah berjaya mengikuti Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas KRS (TKRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merpati di sini.

Pegawai Tadbir KRS negeri Mejar (KRS) Anas Sulaiman berkata, penyertaan pelajar pada perkhemahan kali ini dilihat baik dan mampu mendedahkan cabaran perkhemahan secara menyeluruh.

Katanya, ini disebabkan pendedahan pelbagai aktiviti termasuk pandu arah, permainan tradisional, ikhtiar hidup, gajet mini dan kawad hos bomba kepada peserta.

“Semangat serta kerjasama berpasukan juga dapat dipupuk melalui pelaksanaan secara integrasi kumpulan selain kawad kaki dan tarian perang yang dipertandingkan mengikut daerah,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Sharif Mahada Sharif Attar.

Kota Marudu memenangi acara kawad kaki TKRS diikuti Sandakan dan Keningau, dan acara tarian perang turut dimenangi TKRS Kota Marudu diikuti Keningau dan Sandakan.

Dalam acara kawad kaki kategori KRS, Tuaran dinobatkan johan diikuti Sandakan dan Kota Marudu masing-masing tempat kedua dan ketiga.  

Bagi acara tarian perang kategori KRS pula dimenangi oleh Kota Marudu dan Sandakan di tempat kedua diikuti Telupid di tempat ketiga.

Kadet Terbaik TKRS (Putera ) M. Ikmal Awang dari Sandakan dan Puteri TKRS Terbaik Nur Ernie Shahrini dari daerah Tuaran, manakala Kadet Terbaik KRS Putera disandang Abdul Hakim Ali dari Lahad Datu dan Nurul Ain Amirhussin sebagai Peserta Terbaik Puteri KRS.

Di samping itu Kadet Erfan Ilyasa Kamarulnizam dari Kota Marudu diumumkan sebagai Ketua Platun Terbaik Kawad  Kaki kategori TKRS dan Kadet Yasir Hakimie Morhphy dari Tuaran sebagai Ketua Platun Terbaik bagi Kategori KRS.

  • oleh
  • Advertisement