Anda di sini

Wakil rakyat Warisan hadiri taklimat pembangunan daerah Penampang

Advertisement

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking,  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jennifer Lansimbang dan Adun Kapayan Jane Lasimbang menghadiri taklimat pembangunan daerah Penampang pada Jumaat.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pegawai Daerah Penampamg Luvita Koisun, bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Penampang (MDPg).

Antara taklimat berkenaan ialah mengenai peruntukan kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada pejabat daerah Penampang sejak 2011, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) hingga RMK-11.

Selain taklimat mengenai projek-projek yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

LUVITA (tengah) bergambar bersama Darell, Jeniffer dan Jane sejurus tiba di Majlis Daerah Penampang.
LUVITA (tengah) bergambar bersama Darell, Jeniffer dan Jane sejurus tiba di Majlis Daerah Penampang.

Ketiga-tiga wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan) itu juga menerima taklimat daripada MDPg mengenai status majlis itu, cabaran dan isu-isu di daerah Penampang.

Luvita berkata, antara cabaran dan isu yang perlu ditangani segera ialah masalah banjir dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat kajian tembatan banjir di Sungai Moyog.

"Sekarang ini JPS  telah melaksanakan dua projek tebatan banjir bermula di Kibabaig iaitu pakej pertama dan pakej ketiga di Kampung Terawih untuk pembesaran Sungai Putatan hingga ke kuala (laut)," katanya.

Katanya, isu kedua ialah aktiviti pemotongan bukit `hill cutting' walaupun telah diberhentikan, pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan tidak ada lagi aktiviti itu dilakukan dengan sewenangnya.

Luvita berkata, selaku ketua pentadbir di daerah Penampang, beliau tidak menyekat mana-mana pembangunan di daerah Penampang.

"Memang banyak pelabur luar yang ingin melabur di daerah Penampang terutama pelaburan hartanah perumahan. Tetapi ada undang-undang tersedia untuk dipatuhi.

Mereka perlu memberikan kerjasama untuk mengelakkan berlakunya banjir," katanya.

Luvita berkata, MDPg juga telah membuat Pelan Tempatan Penampang dan telah dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).   

"Sekarang ini kita sedang menunggu untuk ia diwartakan dan setelah pelan tempatan ini diwartakan kita akan membuat penzonan. Kita akan kekalkan penzonan asal kerana tidak mahu pembangunan daerah

Penampang seperti rojak dan tidak teratur," katanya,.

  • oleh
  • Advertisement