Anda di sini

Terkejut nampak jiran terlentang di bilik mandi

Advertisement
 

PENAMPANG: Seorang lelaki terkejut sebaik melihat jirannya terbaring kaku di atas lantai bilik air rumah sewa mangsa di Kampung Kompipinan Dabak di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Haris Ibrahim berkata, kejadian disedari jam 12.18 tengah hari Khamis apabila saksi gagal menghubungi mangsa sejak pagi.

“Apabila gagal membuka pintu utama rumah mangsa, saksi bertindak memanjat tingkap di bahagian tandas rumah berkenaan.

“Sebaik berjaya memasuki rumah terbabit saksi melihat mangsa berumur 41 tahun dilihat tertiarap di lantai bilik mandi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pihak ambulans yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum ahli keluarga dipanggil untuk proses pengecaman,” katanya.

Tambahnya siasatan lanjut mendapati saksi melihat mangsa kali terakhir pada Rabu.

Haris berkata kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

  • oleh
  • Advertisement