Anda di sini

Ribuan pelajar Chile kutuk keganasan seksual

 Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan melaungkan slogan semasa perarakan dianjurkan oleh pelajar untuk membantah penderaan dan gangguan seksual terhadap wanita di Santiago, Chile kelmarin. — Gambar Reuters/AFP
SUARA WANITA: Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan melaungkan slogan semasa perarakan dianjurkan oleh pelajar untuk membantah penderaan dan gangguan seksual terhadap wanita di Santiago, Chile kelmarin. — Gambar Reuters/AFP

SANTIAGO: Ribuan wanita melaungkan “Tidak bermakna tidak!” semasa perarakan di Santiago pada Rabu lepas dianjurkan oleh pelajar untuk membantah penderaan dan gangguan seksual, sebahagian daripada gelombang feminis yang baharu melanda Chile.

Kain rentang menggesa untuk pengenalan “pendidikan bukan seksis” dan menamatkan “keganasan seksual” berikutan beberapa kes penderaan terhadap wanita dan amalan yang lama wujud di universiti dan sekolah.

Diiringi irama paluan dram, tarian dan laungan “Tidak makna tidak”, pelajar, keba-nyakannya wanita, memenuhi satu bahagian besar Lebuh Alameda, dalam demonstrasi yang agak damai, dengan hanya beberapa insiden terpencil dilaporkan sehingga penghujung perarakan.

“Pada hari ini kami me-ngutuk apa yang ibu saudara saya  tidak endahkan dan apa yang dialami oleh ibu saya dan dibiarkan sahaja,” menurut salah satu daripada ribuan poster.

Sebuah kumpulan berarak tanpa baju namun muka mereka ditutupi dengan hud.

“Ia adalah masanya untuk menyatakan cukuplah – cukup dengan penderaan, keganasan dan diskriminasi,” kata Maria Astudillo, 26, seorang pelajar di Universiti Katolik, di mana pelajar telah menawan beberapa fakulti.

Bantahan pertama bermula sebulan lepas di Universiti Austral di mana seorang profesor dituduh melakukan gangguan seksual. Sejak itu, hampir 20 fakulti dan sekolah, termasuk jabatan perunda-ngan berprestij di Universiti Chile, telah menyertai per-gerakan itu.

Bantahan ditambah de-ngan kemarahan mengenai kematian seorang kanak-kanak  berusia hampir dua tahun, yang dirogol oleh salah seorang penjaganya; dan satu siri tuduhan gangguan seksual, salah satunya melibatkan seseorang yang dianggap sebagai bintang dalam drama TV.

Pada Jumaat lepas, kira-kira 20,000 orang menyertai tunjuk perasaan di Santiago dianjurkan oleh organisasi “NiUnaMenos” (Tidak kurang seorang pun wanita)  yang berkempen menentang keganasan berdasarkan jantina.

Pada bulan lepas, dua perbandaran kecil Chile telah mengumumkan akan mula mengeluarkan denda berjumlah sehingga ratusan dolar terhadap sesiapa yang didapati bersalah ke atas gangguan jalanan terhadap wanita. — AFP