Anda di sini

Restoran Menawan saji hidangan berbuka puasa mulai 16 Mei-14 Jun

Advertisement
 Gerai mi untuk hidangan berbuka di Restoran Menawan Imperial Palace.
SELERA BULAN RAMADAN: Gerai mi untuk hidangan berbuka di Restoran Menawan Imperial Palace.

MIRI: Restoran Menawan Hotel Imperial Palace tidak ketinggalan menyajikan hidangan berbuka puasa untuk pelanggannya bermula 16 Mei sehingga 14 Jun ini.

Penolong Pengurus Perhubungan Pemasaran, Yap Ben Sheun bagaimanapun berkata, hidangan boleh dinikmati setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 6 petang hingga 9.30 malam.

“Kita menyediakan 13 jenis hidangan pembuka selera, 23 hidangan utama, 23 jenis pencuci mulut dan 10 jenis minuman untuk pilihan pelanggan, ‘ jelas beliau.

Hidangan utama terdiri dari masakan ikan, ayam, kambing, daging, makanan laut serta masakan ‘pansuh’, sate dan sayuran.

Terdapat juga gerai menyediakan mi, kebab, umai dan popia.

Bayaran RM78 dikenakan untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Sementara bayaran RM68 dewasa dan RM28 kanak-kanak untuk tempahan ‘early bird’ bermula 19 Mei hingga 14 Jun.

Sesiapa yang ingin membuat tempahan sila hubungi restoran di talian 085-432299.

Advertisement