Anda di sini

Pembangunan belia diberi perhatian

Advertisement

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Arunarnsin Taib akan memberi tumpuan khas kepada misinya untuk pembangunan belia di kawasan diwakilinya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata ia akan memberi tumpuhan khusus pada pembangunan belia sesuai dengan kementerian yang dipegangnya.

"Saya akan memastikan dalam lima tahun ini akan berusaha membantu golongan belia di kawasannya bagi menikmati pelbagai kemudahan memberi manfaat kepada golongan belia," katanya.

ARUNARNSIN serta isteri bergambar bersama rakan-rakan.
SAHABAT dan keluarga bersalam dengan Arunarnsin.

Beliau yang baharu memenangi kerusi DUN Gum-Gum dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata tumpuhan juga akan diberikan kepada belia dari segi meningkatkan ekonomi golongan belia di luar bandar ini.

"Ini penting agar mereka (belia) terus mendapatkan pembelaan sekaligus peluang ekonomi belia dapat direalisasikan sejajar dengan kehendak dan inspirasi belia itu sendiri," katanya.

Arunarnsin menambah golongan belia juga perlu merebut peluang yang disediakan bagi memohon pelbagai bantuan dari kerajaan dan pihaknya akan membantu agar belia di DUN Gum-Gum, yang penting mereka dapat meningkatkan ekonomi masing-masing.

Melalui program-program Kementerian Belia dan Sukan, beliau juga akan memastikan golongan belia dan beliawanis di kawasannya juga akan turut menyertai program di peringkat kementerian supaya mereka ini terlibat dengan aktiviti budaya hidup sihat.

“Kita juga akan melahirkan atlet-atlet sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat daerah dan negeri sekaligus kebangsaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kesyukuran dan Berbuka Puasa bersama keluarga serta masyarakat setempat di kediamannya Taman Rajawali Batu 7, petang Khamis.

Beliau yang baharu tiba dari Kota Kinabalu selepas dilantik sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Arinarnsin menambah isu pembangunan di setiap kampung turut diberi perhatian olehnya kerana ini juga menjadi misi utamanya.

"Saya akan membuat profail setiap kampung dalam DUN Gum-Gum sebagai panduan untuk melaksanakan pembangunan yang masih diperlukan oleh rakyat di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata melalui profail setiap kampung ini lah kita dapat mengenalpasti apa projek pembangunan yang terdapat di kampung berkenaan dan apa projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di kampung itu.

“Jalan-jalan kampung, dewan serbaguna serta kemudahan lain akan menjadi keutamaan kerana ini adalah kemudahan rakyat seluruh,” katanya.

Beliau berkata kemudahan dewan serbaguna amat penting kerana apa juga aktiviti masyarakat kampung dapat diilaksanakan sekaligus terus menjadi tempat perpaduan serta kerjasama rakyat setempat.

“Bukan pembangunan insfrakstuktur di setiap kampung sahaja diberi perhatian tetapi juga menyediakan peluang-peluang meningkatkan ekonomi kepada masyarakat setempat.

SAHABAT dan keluarga bersalam dengan Arunarsin.
ARUNARNSIN serta isteri bergambar bersama rakan-rakan.

“Saya akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk membuka peluang meningkatkan ekonomi rakyat setempat. Ini termasuk juga Pasar Tamu Gum-Gum yang perlu diselenggarkan untuk keselesaan peniaga dan pengunjung,” katanya.

Dari segi pendidikkan juga, Arunarnsin akan beri perhatian agar kepada kemudahan pendidikan bagi melahirkan generasi pelapis yang celik ilmu dan tidak ada lagi pelajar yang ketinggalan dari segi pendidikan.

  • oleh
  • Advertisement