Anda di sini

Nicol Agoi dipilih sebagai presiden baharu Kapit FA

Advertisement
 Kennedy (lima kanan) menyerahkan dokumen serah terima tugas sebagai presiden Kapit FA kepada Nicol (empat kiri) sambil disaksikan oleh ahli-ahli Kapit FA.
SERAH TUGAS: Kennedy (lima kanan) menyerahkan dokumen serah terima tugas sebagai presiden Kapit FA kepada Nicol (empat kiri) sambil disaksikan oleh ahli-ahli Kapit FA.

KAPIT: Nicol Agoi dari Punan Bah, Belaga telah dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kapit (Kapit FA) pada mesyuarat agung tahunan persatuan yang diadakan di bilik mesyuarat Kompleks Pejabat Persekutuan, Jalan Bleteh di sini baru-baru ini.

Ketika ditemui pemberita, Nicol berterima kasih kepada semua ahli Kapit FA atas sokongan penuh mereka dan kepercayaan kepadanya untuk mengemudi Kapit FA bagi sesi 2018-2020.

Nicol turut memuji bekas presiden Kapit FA, Kennedy Kuyang atas kejayaan beliau memimpin Kapit FA sebelum ini.

“Saya berharap semua penyokong dan peminat sukan bola sepak di bahagian Kapit memberi sokongan kepada saya untuk memastikan sukan bola sepak berkembang maju dan seterusnya membawa Kapit FA ke tahap yang lebih tinggi,” jelasnya.

Nicol yang memiliki Sijil Kejurulatihan Kelas B AFC juga menyeru mereka yang berminat dan kelab bola sepak tempatan untuk menyertai Kapit FA.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Setiausaha Kapit FA, Nuim Lium di Pejabat Pentadbiran Pejabat Residen Kapit,” ujarnya.

Hadir sama Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Kapit Martin Sherman yang menjadi pemerhati mesyuarat tersebut.

Advertisement