Anda di sini

Maxis kumpul RM61,550 untuk Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

Advertisement
 Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Robert Nason (tengah kanan) menyampaikan cek kepada Chua (tengah kiri) di mana Maxis berjaya mengumpul dana lebih RM60,000 untuk NKF.
DANA: Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Robert Nason (tengah kanan) menyampaikan cek kepada Chua (tengah kiri) di mana Maxis berjaya mengumpul dana lebih RM60,000 untuk NKF.

LEBIH 160 kakitangan Maxis mengambil bahagian pada program Jogathon Amal Maxis di Lake Gardens di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Misi utama Maxis menyertai program itu ialah bagi mengumpul dana dan mewujudkan kesedaran untuk Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Menyumbang untuk tujuan yang baik, kakitangan Maxis telah mengumpul lebih RM30,000 dan jumlah tersebut dipadan Maxis, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM61,550.

Jogathon Amal tersebut terbuka kepada semua kakitangan Maxis dan dikategorikan kepada tiga jarak, dan setiap jarak memerlukan jumlah sumbangan minimum - RM50 untuk 5 kilometrer (km), RM100 untuk 10km dan RM150 untuk 15km.

Pelbagai lagi aktiviti memeriahkan acara tersebut, termasuk sesi daripada ‘Ministry of Burn’ serta Zumba. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NKF Chua Hong Wee, terdapat kira-kira 40,000 pesakit buah pinggang di Malaysia dan jumlah ini meningkat sebanyak 20 peratus setiap tahun.

“Justeru, matlamat utama kami ialah untuk mendidik masyarakat Malaysia mengenai kegagalan buah pinggang dan memberi nasihat kepada pesakit tentang apa yang perlu dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan.

“Bagaimanapun, kos untuk dialisis adalah tinggi. Oleh itu, kami amat bergantung kepada sumbangan yang benar-benar membantu kami,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di Kuching, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Sumber Manusia dan Organisasi Maxis Adzhar Ibrahim berkata: “Hidup di Maxis agak luar biasa. Kami mempunyai kakitangan yang bersemangat, dan kami menggalakkan mereka untuk menyumbangkan masa dalam aktiviti-aktiviti yang akan membantu mereka yang memerlukannya.

“Kakitangan kami bukan sahaja berdedikasi terhadap kerja mereka, tetapi juga mempunyai semangat tanggungjawab sosial yang mengagumkan.”

Beliau bangga kerana mempunyai peluang untuk mengumpul dana, apatah lagi ia melebihi sasaran Maxis iaitu sebanyak RM40,000.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu NKF dan mewujudkan kesedaran yang lebih besar mengenai kegagalan buah pinggang,” katanya.

Advertisement