Anda di sini

Lidongators Brawl muncul juara ragbi Tackle Modifikasi 12 Tahun Ke Bawah

Advertisement
 Pasukan Lidongators Brawl merakamkan kenangan selepas muncul juara edisi pertama Kejohanan Ragbi Tackle Modifikasi 12 Tahun Ke Bawah 2018 di Betong, baru-baru ini.
GIRANG: Pasukan Lidongators Brawl merakamkan kenangan selepas muncul juara edisi pertama Kejohanan Ragbi Tackle Modifikasi 12 Tahun Ke Bawah 2018 di Betong, baru-baru ini.

KUCHING: Pasukan Lidongators Brawl dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Lidong, Betong muncul juara edisi pertama Kejohanan Ragbi Tackle Modifikasi 12 Tahun Ke Bawah 2018 di Betong, baru-baru ini.

Tempat kedua dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh pasukan The Saints dari SK St Peter St Paul dan Great Sharks dari SK St Augustine.

Kejohanan yang diadakan di Betong itu merupakan anjuran SK Nanga Lidong dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Betong (BTRA).

Penyelaras kejohanan itu Ariff Zakwan berkata, pada awalnya sebanyak lima pasukan dari bahagian Kuching, Samarahan dan Sibu menyatakan hasrat untuk menyertai kejohanan tersebut namun terpaksa menarik diri di saat akhir.

Bagaimanapun katanya, kejohanan itu tetap diteruskan dengan penyertaan lima pasukan dari Bahagian Betong.

Turut hadir ialah jurulatih skuad ragbi SUKMA Sarawak, Nathan Seniu.

Beliau hadir bagi memberi semangat dan melihat perkembangan sukan ragbi di bahagian Betong.

Menurut beliau, kejohanan sedemikian di peringkat sekolah rendah perlu diteruskan bagi memastikan lebih ramai pemain ragbi yang berkualti dapat dilahirkan dari peringkat akar umbi.

Pada kejohanan tersebut, Nathan turut menyampaikan Anugerah Pemain Terbaik kepada Douglas Reben dari pasukan Lidongators Brawl yang beraksi cemerlang di posisi ‘stand off.’

Anugerah Pemain Harapan pula disandang oleh Alvincent Fernandes yang juga dari pasukan Lidongators Brawl, manakala ‘Tackler’ Terbaik Kejohanan dimenangi Terry dari pasukan The Saints.

Advertisement