Anda di sini

Ketelusan penggunaan dana parlimen untuk rakyat

Advertisement

TAWAU : Ahli Parlimen Tawau Christina Liew akan mewujudkan satu laman web berkenaan penggunaan peruntukkan parlimen beliau untuk rujukan masyarakat.

Dalam portal itu juga semua masyarakat boleh memberikan pendapat tentang perancangan kawasan perlimennya pada masa akan datang.

CHRISTINA berbincang berkenaan mempercepatkan usaha baik pulih jalan rosak di laluan menuju lapangan terbang.
CHRISTINA berbincang berkenaan mempercepatkan usaha baik pulih jalan rosak di laluan menuju lapangan terbang.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Negeri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, ini merupakan salah satu manifesto beliau yang akan memastikan salah guna dana tidak akan berlaku di samping masyarakat boleh menyuarakan apa yang boleh digunakan dengan dana tersebut.

"Saya kotakan janji-janji pilihanraya saya dan ini adalah satu daripadanya yang saya akan lakukan," katanya selepas membuat lawatan ke pasar Sin Onn untuk bertemu dengan para pengundi yang telah melantik beliau.

Christina juga berkata beliau juga akan menubuhkan dua pusat khidmat setiap satu di parlimen dan DUN Api-Api memandangkan kini beliau telah menghentikan syarikat guaman beliau di ibukota.

CHRISTINA berjumpa dengan para penjaja pasar Sin Onn.
CHRISTINA berjumpa dengan para penjaja pasar Sin Onn.

"Saya bertekad untuk memastikan agar kerajaan baharu ini dapat buat apa yang kerajaan sebelum ini tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang sejajar dengan apa yang rakyat layak terima," ujarnya.

Christina berkata usaha ini sepatutnya bermula lebih awal tetapi atas sebab proses peralihan kuasa kerajaan negeri telah mengambil masa yang lebih lama di mana beliau dan rakan-rakan turut terlibat.

Beliau berkata usaha penubuhan pusat-pusat tersebut memerlukan dua bulan dan berjanji akan mengusahakan penubuhan tersebut dengan secepat mungkin.

Dalam masa yang sama, Christina juga sedang menubuhkan pasukannya untuk mengendalikan laporan permasalahan rakyat dan akan mengumumkan senarai nama dan talian perhubungan mereka kepada masyarakat.

Christina juga turut melawat jalan rosak menghala ke lapangan terbang daerah dan bertemu dengan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara tersebut.

KEADAAN jalan rosak menuju ke lapangan terbang.
KEADAAN jalan rosak menuju ke lapangan terbang.

Dalam janji pilihanraya beliau mengenai pelancongan, beliau berkata akan mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat bersama sektor-sektor swasta dalam membincangkan pakej pelancongan di daerah sebagai langkah merangsangkan ekonomi daerah dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Christina juga berkata beliau telah berjumpa dengan sebuah agensi swasta yang akan membawa masuk lebih kurang 100 pelancong dari negara China dan menyarankan agar rombongan tersebut dapat melawat daerah ini kerana ianya mempunyai tarikan yang tersendiri.

"Makanan laut segar dengan harga yang berpatutan di sini boleh dijadikan tarikan pelancong luar tetapi kita perlu menyediakan lebih awal pakej untuk rombongan tersebut bila mereka melawat dalam jangka masa yang lama dan memastikan kita bersedia menjadi tuan rumah," tambahnya.

Dalam pada masa yang sama Christina juga telah melawat jambatan di Kampung Kongsi 10.

Beliau berkata permasalahan di tempat-tempat di mana beliau lawat telah dicatat dan penyelesaian permasalahan yang diketengahkan sedang dirancang.

Advertisement