Anda di sini

Kematian pelajar cetus pertelingkahan baharu di universiti Senegal

Advertisement
 Polis bertempur dengan pelajar di Universiti Cheikh Anta Diop di Dakar, Senegal kelmarin. — Gambar AFP
HURU-HARA: Polis bertempur dengan pelajar di Universiti Cheikh Anta Diop di Dakar, Senegal kelmarin. — Gambar AFP

DAKAR: Pertelingkahan baharu antara penunjuk perasaan dan polis meletus di beberapa universiti di sekitar Senegal kelmarin, sehari selepas seorang pelajar terbunuh semasa bantahan mengenai pembayaran geran  yang lambat.

Pelajar tahun kedua Mohamed Fallou Sene, 25, maut selepas polis dipanggil untuk meleraikan bantahan di Universiti Gaston Berger di bandar utara Saint-Louis pada Selasa lepas.

Pendakwa raya Ibrahima Ndoye kelmarin berkata bedah siasat mendapati Sene “meninggal dunia akibat kecederaan terkena tembakan”.

Pendakwa raya itu tidak me-nyatakan dengan jelas siapa yang melepaskan tembakan, namun memberitahu sidang media bahawa siasatannya akan selesai selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Kematian itu telah mencetuskan pertelingkahan baharu semalam berhampiran Universiti Cheikh Anta Diop di bandar utama Dakar, dengan pelajar melontar batu ke arah anggota polis, yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata, menurut wartawan AFP.

Gas pemedih mata turut digunakan dalam tunjuk pe-rasaan di bandar selatan  

Ziguinchor, seorang sumber polis memberitahu AFP.

Beberapa bangunan awam di bandar berkenaan telah digeledah, lapor media tempatan.

Terdapat juga bantahan di beberapa universiti di bandar Bambey dan Thies, serta sebuah kesatuan utama pendidikan tinggi memulakan mogok sebagai perpaduan dengan pelajar.

Di Universiti Gaston Ber-ger, sekumpulan pelajar telah mengetuai perarakan di sepanjang kawasan di mana Sene dibunuh dan bertafakur dalam doa.

Bantahan awal adalah me-ngenai “masalah geran”, kata menteri dalam negeri Ali Ngouye Ndiaye pada Selasa lepas.

Disebabkan tidak menerima pembayaran mereka, pelajar berkeras untuk makan di restoran universiti tanpa membuat bayaran, yang mendorong pihak berkuasa universiti merayu kepada polis, tambahnya.

Presiden Senegal Macky Sall menyuarakan “perasaan sangat sedih” beliau berhubung kematian itu dalam Twitter kelmarin.

“Saya menyampaikan ucapan takziah saya kepada keluarga  pelajar UGB yang terbunuh Mohamed Fallou Sene,” kata beliau.

“Saya sudah mengarahkan kerajaan agar menyiasat dan mencari pihak yang bertanggungjawab.”

Tunjuk perasaan pelajar adalah biasa berlaku di Se-negal namun jarang sekali menyebabkan kematian. — AFP

Advertisement