Anda di sini

Grand Borneo Hotel raikan 32 kanak-kanak Rumah Amal Kasih

Advertisement
AZHAR (tengah) menunjukkan tanda bagus dengan konsep hidangan tahun ini.
AZHAR (tengah) menunjukkan tanda bagus dengan konsep hidangan tahun ini.

SERAMAI 32 orang kanak-kanak dari Rumah Amal Kasih diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Grand Borneo Hotel di sini pada petang Khamis.

Pengurus Besar Grand Borneo Hotel Azhar Sanusi berkata, tujuan utama majlis itu diadakan adalah bagi menghargai pengorbanan Rumah Amal Kasih yang telah membantu golongan kurang berkemampuan.

"Anak-anak daripada rumah itu adalah tetamu kehormat kami, pengurusan hotel ingin memupuk warga Grand Borneo Hotel dan masyarakat untuk menyayangi anak-anak yang kurang bernasib baik.

ANTARA jenis-jenis kuih muih yang dihidangkan.
ANTARA jenis-jenis kuih muih yang dihidangkan.

"Sepanjang bulan Ramadan ini, bazar yang kita adakan akan menggunakan konsep bertemakan makanan laut dengan hidangan eksklusif lokan panggang serta beberapa hidangan istimewa selain makanan laut seperti satey kambing dan sebagainya," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa itu.

Katanya, bazar Ramadan yang dilakukan setiap tahun sebelum ini dapat sambutan menggalakkan kerana menawarkan pelbagai hidangan yang menepati cita rasa tempatan dan juga menjadi tarikan pengunjung luar negara.

  • oleh
  • Advertisement