Anda di sini

Dua suspek ragut, samun di Kampung Tudan dicekup

Advertisement
 Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari salah sebuah rumah berjaya merakam kejadian seorang suspek dalam cubaan meragut seorang wanita.
BUKTI: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari salah sebuah rumah berjaya merakam kejadian seorang suspek dalam cubaan meragut seorang wanita.

MIRI: Dua lelaki berjaya ditangkap polis di sebuah rumah di Kampung Tudan di sini petang kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kes ragut dan samun.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 20-an hingga 30-an itu ditangkap semasa sedang berbaring di ruang tamu rumah terbabit.

“Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri kira-kira jam 2 petang.

“Serbuan tersebut turut berjaya merampas sebuah kereta dan topi keledar untuk dijadikan bahan bukti kes,” kata sumber.

Sehubungan itu, suspek yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Rondaan Cegah Jenayah, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri mengucapkan tahniah kepada polis kerana tindakan pantas berjaya mengesan dan menangkap dua suspek yang ada kaitan dengan kes ragut di Desa Senadin pada 15 Mei lalu.

Advertisement