Anda di sini

Dr M kutuk Israel atas kematian rakyat Palestin

Advertisement

PETALING JAYA:  Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengutuk Israel atas kematian  60 rakyat Palestin ditangan tentera rejim zionis itu ketika bantahan di sempadan Gaza pada Isnin.

“Kita menentang pembunuhan orang awam  oleh Israel. Kita bersimpati  terhadap rakyat Palestin dan menentang Israel,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden  Pakatan Harapan (PH) di sini hari. Dr Mahathir ialah Pengerusi PH.

Dr Mahathir berkata Malaysia menentang pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat  dari Tel Aviv ke Baitulmuqqadis.

Laporan menyebut bahawa sejumlah  rakyat Palestin sedang mengadakan bantahan  terhadap  pemindahan  kontroversi itu  apabila  tentera Israel melepaskan tembakan terhadap mereka. — Bernama

Advertisement