Anda di sini

24 Mei keputusan petani didakwa rogol anak kandung

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan pada 24 Mei untuk menyampaikan keputusannya terhadap seorang petani yang didakwa merogol anak kandungnya.

Hakim Marlina Ibrahim membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 48 tahun, selepas perbicaraan penuh dijalankan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun pada waktu kejadian, sekitar Oktober 2015 di sebuah kampung, daerah Kota Marudu.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, penjara antara lapan tahun hingga 30 tahun dan tidak kurang sepuluh sebatan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam saksi, manakala dua saksi daripada pihak pendakwaan.

Timbalan pendakwaraya Rustam Sanip bertindak untuk pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Ali Nadzrah.

Sementara itu, hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh perbicaran pada 23 hingga 27 Julai, terhadap seorang lelaki yang didakwa menyebabkan kematian seorang remaja lelaki.

Bujet Otek, 67, didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Juvinrey Sabado, 15.

Selain itu, tertuduh juga didakwa mengikut Seskyen 307 kanun sama, atas pertuduhan cuba membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada 25 Oktober tahun lalu jam 2.20 petang, di sebuah rumah, Kampung Lobok, Kiulu, daerah Tuaran.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja memaklumkan pihaknya akan memanggil kira-kira 26 saksi, antara 14 saksi awam.

Peguam Dato' Rakhbir Singh mewakili tertuduh yang kini direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement