Anda di sini

120 hadiri persidangan pentadbiran profesional

Advertisement
 Para peserta merakamkan gambar kenangan semasa menyertai ‘The Ultimate ABCD Admin Professional Conference 2018’ di Kuching, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Para peserta merakamkan gambar kenangan semasa menyertai ‘The Ultimate ABCD Admin Professional Conference 2018’ di Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Seramai 120 kakitangan pentadbiran daripada pelbagai industri termasuk agensi kerajaan menghadiri persidangan ‘The Ultimate ABCD Admin Professional Conference 2018’ di sini, baru-baru ini.

Ia merupakan tahun ke-18 MRS Management Sdn Bhd menganjurkannya dan sesi ke-35 diadakan kerana persidangan itu mempunyai dua sesi di Kuching dan Kuala Lumpur setiap tahun.

Bertemakan ‘Above and Beyond the Call of Duty’, objektif penganjuran persidangan itu adalah untuk mengalu-alukan kakitangan atau golongan pentadbiran profesional melihat kerja dalam perspektif baharu dan melangkaui peranan serta tugas mereka.

Antara objektif lain ialah untuk membangun dan mempelbagaikan kemahiran kepimpinan para peserta, memahami perubahan digital dan cara menggunakan data untuk bekerjasama dengan cekap serta meningkatkan keyakinan diri supaya dapat menjadi aset yang tidak ternilai kepada majikan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif MRS Management Sdn Bhd Kristine Liew meletakkan penekanan kepada keperluan untuk mempertajam atau mempelbagaikan idea sejak melancarkan persidangan itu pada tahun 2001.

Katanya, ia amat penting agar persidangan itu kekal relevan dan pada masa sama, dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam menjalankan pe-ranan dan tugasan kerja mere-ka dengan lebih efisien.

Persidangan seterusnya akan diadakan pada 26 hingga 27 Jun depan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Pendaftaran kini dibuka dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi [email protected].

MRS adalah penyedia latihan yang berpusat di Kuching dengan pengalaman selama 29 tahun dalam industri.

Advertisement