Anda di sini

YDKMM cadang buka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah

Advertisement
HIZUL (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juhar (tengah).
HIZUL (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juhar (tengah).

KOTA KINABALU: Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) bercadang membuka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah.

Pengerusi YDKMM Sabah Sittilin Salleh berkata YDKMM yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 2015 setakat ini mempunyai seramai 39 sukarelawan dengan objektif membangunkan belia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Tun sangat berminat mengenai projek ini dan YDKMM akan melakukan lebih perbincangan mengenai pendidikan serta pembangunan belia di Sabah pada masa hadapan.

"Pusat Tahfiz Intergrasi An Nur melalui anjuran YDKMM sendiri telah berjaya membuktikan penghafalan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga​ bulan dengan menggunakan teknik hafazan An Nur," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahirudin di Istana Negeri, pagi Khamis.

Mengulas tujuan kunjungan, Sittilin berkata ia adalah untuk memperkenalkan YDKMM serta membentangkan kertas kerja untuk membuka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah.

Hadir sama, pengasas dan penasihat YDKMM Dr Mohd Hizul Azri Md Noor serta pengasas bersama YDKMM Fakhrullah Mawardi.

Advertisement