Anda di sini

Sambutan pra-Gawai erat hubungan warga Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu

Advertisement
__alt__
__alt__

PEJABAT Kesihatan Bahagian Sibu telah mengadakan Malam Mantar Gawai Dayak 2018 di sebuah restoran di Sibu, baru-baru ini.

Bertemakan ‘Segulai, Sejalai, Sepenemu’, majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Muhammad Rais Abdullah.

Sambutan pra-Gawai itu dimulakan dengan upacara miring bagi memohon berkat dan kesejahteraan sepanjang tahun ini.

Majlis dimeriahkan lagi dengan aktiviti ranyai, persembahan ngajat, nyanyian, poco-poco serta cabutan bertuah.

Sambutan antara lain bagi merapatkan hubungan antara kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Selain itu, sambutan juga memberi peluang kepada kakitangan Pejabat Kesihatan meraikan sambutan Gawai yang bakal tiba.

Advertisement