Anda di sini

Rumah terbakar, lelaki melecur di belakang

Advertisement
API marak memusnahkan rumah jenis kekal itu malam Rabu lalu.
API marak memusnahkan rumah jenis kekal itu malam Rabu lalu.

TUARAN: Seorang lelaki melecur di bahagian belakang selepas rumahnya musnah terbakar di Kampung Pangasaan di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Surin Sipang berkata pihaknya bergegas ke lokasi bersama 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran sebaik mendapat panggilan pada jam 8.45 malam Rabu.

“Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba. Bagaimanapun, kebakaran yang sudah berlaku agak lama itu memusnahkan sebuah rumah jenis kekal seluas 40x50 kaki persegi.

“Pemilik rumah berumur 62 tahun turut dilaporkan melecur sebanyak 3 peratus di bahagian belakang semasa berusaha menyelamatkan diri dalam kejadian,” katanya.

Menurutnya anggota bomba kemudiannya membuat pemeriksaan menyeluruh di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada punca api yang membahayakan.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement