Anda di sini

Pengawal dihukum gantung didapati bersalah bunuh pelajar

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang pengawal pusat hiburan dikenakan hukuman gantung mandatori setelah didapati bersalah membunuh seorang pelajar.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Mohd Azmin Lidin, 29, yang diwakili peguam Dato' Rakhbir Singh.

"Setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan di luar munasabah.

MOHD Azmin (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
MOHD Azmin (tengah) keluar dari kamar mahkamah.

"Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh Yaccob Nasran, 18, pada 15 Disember 2016 jam 3.30 hingga 4.30 pagi di luar Siam Thai Bar, Jalan Asia City, Star City, di sini.

Selepas mendengar keputusan terbabit, Mohd Azmin yang keluar dari kandang tertuduh diiringi anggota polis hanya mampu menangis dan menafikan membunuh mangsa.

Ketika di luar kamar mahkamah, tertuduh menyatakan kepada keluarga mangsa bahawa bukan dirinya yang melakukan perbuatan itu.

"Bukan saya yang bunuh anak kamu, kamu silap orang," katanya dengan tangannya yang bergari.

Ketika ayah mangsa, Nasrun Harun, 55, ditemukan pihak media di luar kamar mahkamah, beliau berterima kasih atas sokongan dan kebaikan yang ditunjukkan masyarakat.

"Yaccob sepatutnya berusia 20 tahun pada 25 Mei tetapi kami hanya mampu menangisi nyawa yang tidak hidup kembali.

"Sebahagian daripada proses keadilan sudah disampaikan, sekiranya seseorang membunuh seorang kanak-kanak yang tidak bersalah, tidak ada sebab tidak digantung," katanya.

Tambahnya, kejadian pada malam itu bukan kejadian terpencil, tetapi disebabkan pihak berkuasa tertentu yang gagal bertindak, mengakibatkan pembunuhan anaknya.

Beliau juga berharap agar tempat-tempat yang mempunyai rekod keganasan dan memiliki senjata berbahaya ditutup dengan kadar segera.

  • oleh
  • Advertisement