Anda di sini

Pecah masuk dan rogol

Advertisement
 

KUCHING: Polis menjejaki seorang suspek kes rogol membabitkan seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah rumah pekerja di Jalan Datuk Sim Kheng Hong, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata insiden itu berlaku sekitar jam 1.30 petang apabila dua lelaki memecah masuk ke dalam rumah.

“Seorang rakan mangsa pergi ke tempat kejadian menyebabkan suspek terus melarikan diri dan tertinggal beberapa barang peribadi miliknya,” kata Denis.

Mangsa terus membuat laporan berhubung kejadian pada hari yang sama dan kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.

  • oleh
  • Advertisement