Anda di sini

22 tapak bazar dibuka sepanjang Ramadan

Advertisement

KOTA KINABALU: Sebanyak 22  tapak Bazar Ramadan dibuka oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, kawasan berkenaan termasuklah di Lintasan Deasoka, Sembulan, Asia City, Wisma Merdeka, Indah Permai, Giant Kolombong, City Mall, Pekan Manggatal, Kingfisher dan Taman Awam Teluk Likas.

YEO Boon Hai
YEO Boon Hai

"Seperti tahun sebelumnya, kita juga membuka tapak bazar di Sulaman Central, Universiti Plaza, Bukit Padang, Pekan Tanjung Aru, Hospital Queen Elizabeth I (HQE1), Pekan Inanam, Kepayan Ridge dan Inanam Point.

"Empat tapak baharu bazar pula adalah di Mini Uptown Sembulan (berselahan Hotel Tang Dynasty), Harbour City, The Square dan Aeropod Tanjung Aru," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Yeo berkata, lebih kurang 1,000 peniaga akan membuka gerai dengan menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Justeru, beliau mengingatkan semua peniaga supaya mengambil perhatian serius berhubung aspek kebersihan tapak gerai jualan serta juadah yang dijual.

  • oleh
  • Advertisement