Anda di sini

TYT hadir Majlis Tahlil, Doa Selamat

Advertisement
JUHAR (lima kanan), Shafie (tengah), Syed Abas (empat kanan), Nor Rizan (dua kiri), Sukarti (tiga kiri) dan Bongsu (empat kiri) mengaminkan bacaan doa sejurus solat Isyak secara berjemaah.
JUHAR (lima kanan), Shafie (tengah), Syed Abas (empat kanan), Nor Rizan (dua kiri), Sukarti (tiga kiri) dan Bongsu (empat kiri) mengaminkan bacaan doa sejurus solat Isyak secara berjemaah.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni berkenan menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Menyambut Bulan Ramadan 1439 Hijrah di Istana Negeri, malam Selasa.

Juhar dan Norlidah terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai Majlis Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat diikuti solat Isyak.

Solat Maghrib, Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat dipimpin Pegawai Agama Istana Negeri Sabah Imbran Angun manakala solat Isyak oleh Imam Masjid Negeri Sabah Amiruddin Amir.

 JUHAR diiringi Shafie (kiri) berangkat ke Majlis Jamuan Makan Malam sejurus menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Istana Negeri.
JUHAR diiringi Shafie (kiri) berangkat ke Majlis Jamuan Makan Malam sejurus menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Istana Negeri.

Sejurus itu, seramai 260 jemputan diraikan pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Utama Istana Negeri.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Shuryani Shuaib; mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman; Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bongsu Aziz Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din; dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar.

JUHAR bersama Shafie (dua kiri), Syed Abas (dua kanan), Nor Rizan (kanan) dan Sukarti (kiri) di meja utama.​
JUHAR bersama Shafie (dua kiri), Syed Abas (dua kanan), Nor Rizan (kanan) dan Sukarti (kiri) di meja utama.​
Advertisement