Anda di sini

Tentera Israel bunuh 55 di sempadan Gaza

Advertisement
 Pembantah Palestin melarikan diri dari gas pemedih mata ketika membantah pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqaddis, di selatan Semenanjung Gaza kelmarin. — Gambar Reuters
INTIFADA: Pembantah Palestin melarikan diri dari gas pemedih mata ketika membantah pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqaddis, di selatan Semenanjung Gaza kelmarin. — Gambar Reuters

BAITULMUQADDIS: Pa-sukan tentera Israel membunuh 55 rakyat Palestin di sempadan Gaza pada hari paling berdarah dalam konflik ini sejak beberapa tahun kelmarin ketika pertempuran dan bantahan berbetulan dengan pembukaan kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang kontroversi di Baitulmuqqadis.

Ketegangan, yang me-nyebabkan lebih 2,400 rakyat Palestin tercedera, meletus sebelum satu delegasi Rumah Putih dan pegawai Israel membuka kedutaan pada majlis perasmian di Baitulmuqqadis.

Ia merupakan hari pa-ling berdarah dalam konflik Israel-Palestin sejak perang Gaza pada 2014.

Mereka yang terkorban termasuk lapan kanak-kanak berusia di bawah 16 tahun, menurut utusan Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kementerian kesihatan Gaza menyediakan angka keseluruhan kematian dan kecederaan itu.

Berpuluh ribu orang telah berkumpul berhampiran sempadan dalam bantahan sementara sekumpulan kecil rakyat Palestin yang melontar batu telah menghampiri pagar dan cuba memecah masuk, dengan penembak tepat Israel ditempatkan di sebelah yang satu lagi.

Di PBB, AS menghalang pelaksanaan satu kenyataan Majlis Keselamatan yang menyeru untuk siasatan persendirian mengenai keganasan itu, diplomat memberitahu AFP.

Perasmian kedutaan telah dijalankan seperti yang dirancang, dihadiri satu delegasi Washington yang termasuk anak perempuan Presiden AS Donald Trump, Ivanka dan suaminya, Jared Kushner, kedua-dua mereka adalah pembantu Rumah Putih.

Ivanka Trump membantu mengisyitihar pembukaan kedutaan yang baharu itu dan satu plak dan lambang ditunjukkan di depan 800 tetamu pada majlis tersebut, yang berlangsung di mana sehingga sekarang merupakan sebuah bangunan konsulat AS di Baitulmuqqadis.

Trump menyampaikan ucapan kepada tetamu majlis melalui rakaman video.

“Harapan terbesar kami adalah untuk kedamaian,” kata beliau, di sebalik kemarahan Palestin yang dicetuskan oleh tindakan tersebut.

“AS kekal komited sepenuhnya untuk membantu satu perjanjian damai berkekalan.”

Perdana Menteri Israeli Benjamin Netanyahu memberitahu Trump dalam ucapannya bahawa “dengan mengiktiraf sejarah anda telah melakar sejarah.”

Di sepanjang sempadan Gaza, orang ramai berkumpul sepanjang hari di kawasan Palestin kurang dari 100 kilometer jauhnya dari Baitulmuqqadis dan ditutup dari Israel oleh satu sekatan.

Tentera Israel berkata 40,000 rakyat Palestin telah mengambil bahagian dalam bantahan dan pertempuran.

Tentera turut menyatakan salah satu jet pejuangnya telah menyerang lima sasaran di sebuah pusat latihan Hamas di Gaza.

Sebelum itu, sebuah pesawat perang dan kereta kebal telah menyasarkan dua kawasan Hamas lain dalam respons kepada apa yang dikatakan sebagai serangan  terhadap pasukan tenteranya oleh Hamas.

Presiden Palestin Mahmud Abbas menuduh Israel melakukan “pembunuhan beramai-ramai,” sementara Amnesty International menggelar keganasan itu sebagai “pencabulan yang amat dibenci” terhadap hak asasi manusia. Human Rights Watch mengecam satu “pertumpahan darah.”

Ketua dasar asing Kesatuan Eropah (EU) Federica Mogherini berkata, “kami menjangka semua akan bertindak dengan mengawal diri sepenuhnya bagi mengelak kehilangan nyawa berterusan,” sementara jurucakap Perdana Menteri Britain Theresa May menggesa “ketenangan dan kesabaran.”

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menuduh Israel melakukan “keganasan negara” dan “genosid”, mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari dan satu bantahan sepenuhnya di Istanbul pada Jumaat ini.

Turki turut menyatakan ia telah memanggil pulang duta-dutanya ke PBB dan Israel “bagi perundingan”.

Terdapat bantahan dan perbalahan selama beberapa minggu di sepanjang sempadan Gaza, dengan 100 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel di sana sejak Mac 30. Tiada rakyat Israel yang terkorban dan pihak tentera telah berdepan dengan kritikan mengenai penggunaan bedilan hidupan.

Israel memberi alasan tindakannya perlu dilakukan bagi menghentikan pencerobohan di pagar sempadan, sementara menuduh Hamas, pergerakan Islam yang mentadbir Semenanjung Gaza  yang ditutup, cuba menggunakan bantahan sebagai helah untuk melakukan keganasan.

Jurucakap tentera Israel Jonathan Conricus berkata, “kami telah melihat tiga skuad yang berlainan, dilengkapi sepenuhnya dengan senjata, cuba meletakkan IED (bahan letupan) di pagar sempadan di tiga lokasi berlainan.”

Perasmian kedutaan itu menyusuli tindakan Trump mengiktiraf kota yang direbutkan itu sebagai ibu negara Israel.

Abbas berkata kedutaan yang baharu itu sama seperti “sebuah pangkalan luar pene-roka Amerika yang baharu” di Baitulmuqqadis dan AS “bukan lagi pengantara di Timur Tengah.”

Kira-kira 1,000 anggota polis telah ditempatkan di sekitar kedutaan, sementara pihak tentera Israel berkata ia mengerah hampir sekali ganda jumlah anggota tentera di sekeliling Gaza dan di Tebingan Barat yang ditakluki.

Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman menyatakan dalam satu mesej kepada rakyat Gaza bahawa “kami akan melindungi rakyat kami dengan semua cara dan tidak membenarkan pagar itu di-ceroboh.” — AFP    

Advertisement