Anda di sini

Tabika KEMAS Lakil rai Hari Guru

Advertisement
 Ayatul Azmi (tengah) bersama guru-guru dan kanak-kanak Lakil A,B,C dan D bergambar bersama.
SELAMAT HARI GURU: Ayatul Azmi (tengah) bersama guru-guru dan kanak-kanak Lakil A,B,C dan D bergambar bersama.

LEBIH 100 warga Tabika KEMAS Lakil A,B,C dan D diraikan dengan penuh meriah sempena sambutan Hari Guru di Limbang, semalam.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tabika KEMAS Lakil Ayatul Azmi Zaini berkata, program tahunan itu diadakan bagi meraikan golongan guru yang banyak berkorban dalam mencurah ilmu kepada kanak-kanak.

“Kali ini sambutan amat meriah berbanding tahun sebelumnya dan kehadiran ibu bapa dan kanak-kanak juga menggalakkan,” ujarnya kepada media semalam.

Beliau berkata, selain Hari Guru, majlis turut diselitkan dengan sambutan Hari Ibu.

Majlis dimeriahkan lagi dengan upacara memotong kek, penyampaian hadiah hari lahir kepada kanak-kanak pada Januari sehingga Jun serta jamuan.

Selain Hari Guru, Ayatul Azmi memberitahu pelbagai aktiviti dirancang untuk diadakan sepanjang tahun.

“Pelbagai program sudah dirancang untuk diadakan sepanjang tahun termasuk Hari Potensi Kanak-Kanak yang akan diadakan pada Julai nanti,” ujarnya.

Beliau berharap ibu bapa dapat memberi komitmen penuh dengan membenarkan anak-anak mereka menyertai aktiviti pada Hari Potensi dalam usaha mengasah bakat kanak-kanak.

Turut sama ialah Pemaju Masyarakat KEMAS LAKIL Safiah Naim (A), Mariam Usut (B), Siti Ardila Pedi (C) dan Anne Brahim (D).

Advertisement