Anda di sini

Shafie enggan ulas kenyataan remeh Jeffrey

Advertisement

PUTATAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal enggan mengulas kenyataan berhubung dakwaan Sabah bakal berhadapan kebanjiran pendatang yang memiliki permit kerja dan dokumen IMM13 akan diberikan Mykad oleh Kerajaan Parti Warisan (Warisan).

Katanya, kenyataan remeh yang dilontarkan itu hanyalah berbaurkan isu perkauman bagi menjatuhkan kerajaan baharu selain dengan niat ingin merosakkan reputasi kepimpinan beliau.

"Saya tidak akan balas dakwaan itu... tiada apa yang perlu dibalas, adakah kamu terfikir bahawa dakwaan itu hanya bersifat perkauman?.

SHAFIE (tengah) ketika meninggalkan majlis itu.
SHAFIE (tengah) ketika meninggalkan majlis itu.

"Banyak lagi isu yang penting perlu saya lakukan untuk mentadbir negeri ini dengan menolong fakir miskin dan membangunkan negeri ini daripada melayan kenyataan remeh itu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Majlis Ru'yah Hilal Rasmi Ramadan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, di sini pada petang Selasa.

Sebelum ini, Presiden Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan Parti Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berita baik buat pendatang haram di Sabah.

Jeffrey mendakwa bahawa pentabiran Warisan mampu memudahkan lagi laluan kemasukkan pendatang haram untuk mendapat permit kerja serta pengenalan diri (Mykad).

Sementara itu dalam majlis berkenaan, Shafie menyifatkan Majlis Ru'yah Hilal Rasmi Ramadan mampu menjadi platfrom sebagai jambatan penyatuan umat islam di negeri ini.

"Ini adalah satu amalan yang dituntut dalam agama Islam supaya kita dapat membimbing umat di jalan yang betul," katanya.

  • oleh
  • Advertisement