Anda di sini

Seramai 12 peserta berjaya menamatkan kelas ngajat

Advertisement
 Nyawai (berdiri, empat kiri) ketika bersama peserta berjaya menamatkan kelas ngajat di Sibu, kelmarin.
PELIHARA WARISAN: Nyawai (berdiri, empat kiri) ketika bersama peserta berjaya menamatkan kelas ngajat di Sibu, kelmarin.

SERAMAI 12 orang peserta berjaya menamatkan kelas ngajat di Jalan Pelangi, di Sibu pada Sabtu.

Mereka menamatkan kelas ngajat itu ialah Pressly Palong, Aziz Gani, Vicky Jackson, Maxwell Sumbang, Hendry Mus, Dominic Lenggie, Scholoney Siling, Hillary Bantan, Raymond Geru, Steward Sabang, Gibson Delenn dan Philip Beji.

Guru kelas ngajat itu ialah Guro Nyawai Limbie yang juga merupakan guru kuntau.

Menurutnya, kelas ngajat mengambil masa lebih dua minggu untuk dituntut oleh peserta bermula dari jam 8 hingga 10 malam setiap hari.

“Kelas ini merangkumi kelas ngajat Orang Ulu. Kita mengajar peserta dari segi teknik, gerak badan, kaki, kepala dan tangan.

“Ia bukannya sesuatu yang mudah diajar tetapi perlu ada minat baharulah dapat dipelajari,” katanya semasa majlis tamat kelas ngajat di sini.

Peserta diraikan serta berpeluang menunjukkan apa yang dipelajar oleh mereka selama tempoh tersebut.

Justeru, mereka berminat mengikuti kelas ngajat ini diminta menghubungi Nyawai di talian 017-3785675.

Advertisement