Anda di sini

Rompak berkumpulan: Dua dipenjara, sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, mengenakan hukuman penjara dan sebat terhadap dua lelaki tempatan yang disabitkan dengan kesalahan rompak berkumpulan bersenjata.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Azriyan Shah Matasan, 33, dan Ambrose Junchiu, 37, yang mana pada Rabu untuk keputusan setelah perbicaraan penuh.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Azriyan Shah dikenakan penjara tujuh tahun, manakala Ambrose dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan satu sebat.

Mahkamah memerintahkan tertuduh pertama menjalani tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh sabitan, sementara itu tertuduh kedua bermula dari tarikh tangkap pada 21 Jun tahun lalu.

Mereka bersama dengan seorang yang masih bebas merompak seorang pemegang pasport Ullah Khan Mir Akhbar, merampas dua dozen air berkarbonat dan satu kepala mop lantai.

Semasa kejadian sebilah parang dan pedang samurai digunakan, pada 21 Jun tahun lalu jam 6.30 petang, di sebuah kedai runcit, Kampung Gunsing, Jalan Datuk Peter Mojuntin, daerah Penampang.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, penjara selama 20 tahun dan sebat.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringankan, kerana masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwaraya Husna Abd Halim meminta tempoh pemenjaraan yang lama dikenakan, dengan mengambil kira kekerapan kes dan mengutamakan kepentingan awam.

Sepanjang perbicaraan dijalankan, pihak pendakwaan memanggil empat saksi, manakala tiga saksi daripada pihak pembelaan.

  • oleh
  • Advertisement