Anda di sini

Pemilik premis didenda, beroperasi tanpa lesen

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang pemilik premis hiburan dikenakan denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menjalankan operasi tanpa lesen.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman itu terhadap Aldrianus Francis, selepas mengaku salah atas pertuduhan itu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan terbabit pada 24 Disember 2017 jam 2.30 pagi, di pusat hiburan D'Hauss Karaoke & Fun Pub, Tamparuli Point, daerah Tuaran.

Aldrianus disabitkan mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958, denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, sekiranya gagal membayar denda terbabit, Cindy memerintahkan penjara selama enam bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Sementara itu, dua lelaki dikenakan penjara 12 bulan atas kesalahan melupuskan harta curi.

Mohd Hardi Hassan, 23, dan Mohd Shafiq Shazreen John, 21, dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku salah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara antara enam bulan hingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mereka dengan niat bersama, secara curang melupuskan sebuah rangka motosikal milik lelaki berusia 49 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 19 April jam 8.20 malam di Jalan Tuaran Bypass, di sini.

  • oleh
  • Advertisement