Anda di sini

Lima pegawai banggakan badminton Sabah

Advertisement
REFERI kejohanan Nguyen Quang Kieu Khuyen (depan tiga dari kiri) bersama Anthony, Vickneswaran serta referi, pengadil serta pegawai teknikal kejohanan yang bertugas semasa Cabaran Antarabangsa Malaysia 2018 di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Badminton Sabah terus dibanggakan dengan pemilihan lima pegawai dari negeri ini bertugas semasa Cabaran Antarabangsa Malaysia 2018 di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lima pegawai yang dimaksudkan itu dikepalai oleh Datuk Sr. Anthony C. Linggian yang bertindak selaku Penilai Referi Antarabangsa bersama Vickneswaran Salapan selaku Timbalan Referi/Referi Badminton Asia.

ANOTHNY Linggian (dari kiri), Noratikah, Nur Zulaikha dan Vickneswaran merakam kenangan bersama papantanda kejohanan.
ANOTHNY Linggian (dari kiri), Noratikah, Nur Zulaikha dan Vickneswaran merakam kenangan bersama papantanda kejohanan.

Tiga lagi pegawai yang turut terpilih ialah dua Pengadil Tahap 3 iaitu Noratikah Daud dan Nur Zulaikha Ismail serta Eric Annah yang bertindak selaku Pengawal Kutipan Mata Langsung.

Kejohanan Gred 3 itu yang merupakan kejohanan Cabaran Antarabangsa ketujuh di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melihatkan 250 pemain dari 15 negara.

Kejohanan lima hari mengamit kenangan lebih manis untuk Sabah selepas pemain kelahiran Lahad Datuk Soong Fie Cho memenangi pingat emas acara beregu wanita berpasangan rakan senegara Tee Jing Yi.

  • oleh
  • Advertisement