Anda di sini

Larangan pemimpin PH masuk Sarawak belum dibatalkan

 

KUCHING: Jabatan Imigresen Sarawak belum menerima arahan untuk membatalkan sekatan masuk terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dari Semenanjung Malaysia ke negeri ini.

“Setakat ini, kita belum menerima apa-apa arahan berhubung penarikan balik  semula (larangan) terhadap pemimpin PH dari Semenanjung dari memasuki negeri ini,” kata Pengarahnya, Ken Leben (gambar) ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sekatan masuk ke Sarawak untuk pemimpin PH sudah ditarik balik atau sebaliknya. 

Antara pemimpin PH yang disenarai hitamkan dari memasuki Sarawak sebelum ini termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu yang juga Menteri Pertahanan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli  dan Tian Chua dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengarahkan larangan memasuki Sabah terhadap pemimpin PH ditarik balik.