Anda di sini

Kakitangan pendidikan perlu memberi perkhidmatan terbaik

Advertisement
 Adam menyampaikan Sijil APC kepada salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Miri Mohamad Rizanuddin Salaiman sambil disaksikan Shirini pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Miri semalam.
TAHNIAH: Adam menyampaikan Sijil APC kepada salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Miri Mohamad Rizanuddin Salaiman sambil disaksikan Shirini pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Miri semalam.

MIRI: Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada guru mahupun anggota kumpulan pelaksana perlu memberi perkhidmatan terbaik dalam mendidik anak-anak bangsa menerajui negara pada masa depan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii berkata sebagai ejen perubahan yang berkesan menjadi tanggungjawab semua mempamerkan budaya kerja cemerlang dan berprestasi tinggi bagi memberi banyak manfaat kepada kelompok sasaran dan negara.

“Justeru, semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Miri hendaklah memahami, mengetahui dan melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan dan sinergi, boleh berfikir secara holistik dan melangkaui kebiasaan, mempunyai nilai tambah serta penilaian penciptaan nilai bagi memantapkan kualiti perkhidmatan awam,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri di sini semalam.

Katanya, setiap Pejabat Pendidikan Daerah harus arif melaksanakan peranan masing-masing secara berkesan dalam menzahirkan usaha tersebut.

Malah, warga pendidik dituntut sentiasa mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi termasuk elemen kreativiti dan inovasi menyampaikan perkhidmatan atau menghasilkan produk berkualiti dan bertaraf dunia.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Miri Shirini Mastura Mohamed Zulkifli dan lebih 268 penerima APC 2017 terdiri kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Miri, guru besar, guru sekolah menengah dan rendah sekitar Miri.

Pada majlis sama, Adam turut menyampaikan Sijil APC kepada penerima.

Advertisement