Anda di sini

James Ratib sertai Upko

Advertisement

KOTA KINABALU: Perwakilan Upko di Dewan Undangan Negeri dijangka meningkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut Datuk James Ratib telah memohon untuk menyertai parti itu.

Presiden Upko, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika mengesahkan perkara itu berkata bahawa James menyerahkan borang permohonan keahliannya kepadanya di kediamannya di sini pada pagi Rabu.

"Majlis Tertinggi Upko akan memutuskan permohonan itu pada mesyuaratnya Jumaat ini, ia adalah antara isu-isu yang akan dibincangkan," katanya.

JAMES (kanan) menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Tangau sambil disaksikan oleh Adun Upko Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.
JAMES (kanan) menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Tangau sambil disaksikan oleh Adun Upko Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Tangau menambah bahawa James sangat berminat dengan Upko sebagai landasan untuk dia berkhidmat dengan rakyat dikawasannya dengan lebih baik.

Ketiika ditanya mengenai sama ada lebih ramai lagi akan menyertai Upko, Tangau berkata, "kami menjangkakan sekurang-kurangnya seorang lagi akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat.

James adalah bekas Ketua Bahagian Umno Beluran dan juga bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Beluran.

  • oleh
  • Advertisement