Anda di sini

Everlyn juarai pertandingan dedikasi ucapan hari ibu

Advertisement
 Para pemenang bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-ma-sing, kelmarin.
IBU DIHARGAI: Para pemenang bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-ma-sing, kelmarin.

EVERLYN Ngieng Kong Chin mendapat tempat pertama dalam Peraduan Dedikasi Ucapan Hari Ibu See Hua 2018 anjuran See Hua Daily News.

Manakala tempat kedua hingga kelima masing-masing dimenangi Tei Ing Ai, Ting Ying Ying, Angle Ting Jia Xin dan Ling Ai Kei.

Pertandingan dedikasi itu diadakan dari bulan Mac hingga April bersempena sambutan Hari Ibu setiap tahun.

Sementara itu, sepuluh pemenang saguhati terdiri daripada Hii Keay Hung, Lee Sing Ee, Angle Lau, Wong Tung Sing, Ling Tai Hong, Cheing Poh Yien, Chiew Bee Hiong, Wong Chee Tang, Tie Teck Yew dan Yew Yi Yin.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan pengurus pemasaran See Hua Kueh Nguan Seng di Pejabat See Hua Marketing Sibu, kelmarin.

Hadir sama Eksekutif Pemasaran See Hua Marketing Sdn Bhd Jamie Kong dan para penaja peraduan tersebut.

Advertisement