Anda di sini

CMS umum keuntungan sebelum cukai RM56.96 juta pada 2018

Advertisement

KUCHING: Syarikat Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) semalam mengumumkan prestasi kewangannya pada suku pertama berakhir 31 Mac 2018 (S1 2018).

Pihak CMS melaporkan jumlah hasil sebanyak RM354.99 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM56.96 juta untuk tahun 2018.

Kedua-dua hasil dan PBT meningkat masing-masing sebanyak 15 peratus dan 27 peratus berbanding suku tahun 2017 (S1 2017) iaitu hasil sebanyak RM307.68 juta dan RM44.85 juta.

Suku kepada suku keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan kumpulan (PATNCI) sebanyak RM38.98 juta untuk 1Q 2018 adalah 51 peratus lebih tinggi daripada RM25.86 juta yang dilaporkan untuk S1 2017.

Pendapatan sesaham (EPS) berada pada 3.63 sen berbanding 2.41 sen berbanding tempoh tiga bulan yang sama tahun lepas.

Bagi 1Q 2018, peningkatan dalam pendapatan kumpulan adalah disebabkan terutamanya oleh Penyelenggaraan Pembinaan dan Jalan, Bahan Pembinaan dan Perdagangan serta Bahagian Simen.

Sementara itu, peningkatan yang dicatatkan dalam keputusan PBT dan PATNCI kumpulan adalah disebabkan oleh peningkatan bahagian keuntungan dalam syarikat bersekutu khususnya, disebabkan oleh keuntungan yang diperoleh daripada OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd, syarikat bersekutu 25 peratus.

PBT kumpulan pula mencatatkan sebanyak RM36.05 juta pada S1 2018 daripada bahagian keputusan syarikat bersekutunya, peningkatan yang ketara sebanyak 972 peratus berbanding dengan kehilangan SQ 2017 sebanyak RM4.13 juta.

Sebahagian besar disebabkan pemulihan OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd, yang prestasinya dijangka berterusan jika harga aloi ‘ferrosilicon’ serta mangan dan output pengeluaran dikekalkan pada paras semasa masing-masing.

Tambahan pula, pihak kumpulan CMSB juga mencatatkan sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada syarikat bersekutunya yang lain termasuk SACOFA Sdn Bhd.

Bahagian simen bagaimanapun melaporkan PBT yang lebih rendah sebanyak RM6.57 juta dalam Suku Tahun 2018 sebanyak 55 peratus berbanding dengan PBT Suku tahun 2017 sebanyak RM14.46 juta.

Walaupun peningkatan pendapatan sebanyak 7 peratus tetapi PBT yang lebih rendah adalah disebabkan oleh kos pembaikan daripada pelaksanaan pemadaman penyelenggaraan yang dirancang di kilang klinkernya pada bulan Januari dan Februari tahun ini.

Ini adalah latihan penyelenggaraan yang pertama yang dijalankan oleh pihak pengurusan sejak mengambil alih kilang itu pada tahun 2007.

Pengendalian membenarkan bahagian tersebut untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan dalam kilang, termasuk menggantikan bahagian-bahagian tertentu yang digunakan sejak kilang bermula pada tahun 1996.

Kilang tersebut kini sudah berusia 22 tahun, adalah penting untuk segera menjalani kerja pembaikan kerana mempunyai infrastruktur utama seperti Lebuhraya Pan Borneo dan Empangan Baleh yang dalam pembinaan. —Bernama

Advertisement